Blogger Layouts

Thursday 2 June 2011


Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar
SEJARAH RINGKAS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SELANDAR 1980 - 2000
 Selandar adalah sebuah kawasan yang sedikit terpencil dari kota Melaka Bandaraya Bersejarah mahupun dari Jasin. Kedudukan geografinya serta taraf hidup penduduknya yang agak rendah telah mewujudkan pelbagai implikasi dan masalah terhadap peluang melanjutkan pendidikan bagi pelajar-pelajar yang berkebolehan.
Ramai pelajar lepasan Darjah 6 dari sekolah-sekolah yang berdekatan kawasan Selandar terpaksa ke sekolah-sekolah di kota Melaka atau pun Jasin untuk meneruskan pengajian sekolah menengah mereka. Masalah pembaziran masa, pengangkutan dan kewangan telah menambahkan lagi rintangan terhadap peluang pelajar-pelajar dari kawasan ini untuk menunjukkan kemampuan dan kebolehan mereka dalam pelajaran dan ko-kurikulum. Menyedari hakikat ini, sebilangan tokoh tempatan telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membina sebuah sekolah menengah bagi mengatasi kepincangan yang dihadapi.
Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar yang terletak 300 meter dari pekan Selandar telah memulakan era sejarahnya dengan pengambilan pertama seramai 159 orang pada 1 Januari 1980, di mana kakitangan dan pelajar Sekolah Menengah Selandar telah ditempatkan buat sementara waktu di Sekolah Kebangsaan Selandar. Kakitangan perintis ketika itu terdiri daripada 13 orang, iaitu:
Pengetua : En Abdullah bin Abd Majid PPN, PJK
GPK : Tn Hj Mohd Sharif bin Mohd Drus PPN,PJK
Guru-guru : Allahyarham En Abu Kasim bin Salleh
En Talib bin Md Yusof
En Md Jamal bin Md Yusof
Hj Nasir bin Minhat
Cik Wong Huee Hwa
Cik Nor Risy bt Sadimin
Cik Norliah bt Adam
Pn Latifah bt Harun
Pn Eaishah bt Md Taha
Ustazah Jamilah bt Tahir

Pekerja : En Rasip bin Joned
 Sekolah Menengah Selandar telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Rahim bin Dato' Tamby Chik, Ketua Menteri Melaka pada 1 April 1986. Terdapat 9 orang Pengetua telah berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar :-
1. En Abdullah bin Abd Majid, PPN,PJK 1 Jan 1980 - 31 Julai 1980
2. Cik Jamaliah bt Hj Ismail 1 Ogos 1980 - 15 Ogos 1982
3. En Peter Lee Seng Lin 16 Sept 1982 - 15 Sept 1987
4. En Ahmad bin Sulaiman 16 Sept 1987 - 31 Dis 1989
5. En Rahim bin Ali 1 Jan 1990 - 15 Ogos 1990
6. Hj Abd Kader bin Hj Md Nor 16 Ogos 1990 - 15 Jun 1995
7. En G. Krishnabahawan 16 Nov 1995 - 10 Nov 1998
8. En Chin Kiau 16 Nov 1998 - 16 April 2001
9. Pn. Hjh. Nor Aisah binti Md Shah - 16 April 2001
 Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar telah dinaikkan ke taraf Sekolah A pada tahun 1995 dan pada tahun 1995, kelas aliran sains telah dimulakan.